0

Memasak..

Posted by Ibu_Mifzal on Nov 4, 2008 in MySelf - Ainey

hehe..sebenarnya kan..dah lama ibu x memasak..rasnya dah berbulan2..x larat punya pasal..balik keje dah melepek..ya la..ibu berulang alik g keje, perjalan dalam 60km sehari.. drive pulak tu n terpaksa mengekor lor..sehari berpuluh2 lori ibu terpaksa mengekor lori..maklumla jalan utama utara selatan…huhu..penat mmg penat.. itu yg buat ibu jd makin malas nak masak..beli jer la setakat nak sumbat mula 2 org jer..mifzal pun kan leh makan lg..hehe..

tp semalam ada pasar malam belakang umah ibu..tetiba terasa keinginan nak memasak balik…banyak gak la lauk pauk yg dibeli, ikan, ayam n sebagainya.. siap stok utk seminggu..harap2 menjadila planning ibu..bukan apa..di zaman skang ni kan kita kena berjimat cermat..ibu rasa..perbelanjaan kami sekeluarga byk abih kat makan-makan kat luar..2 org makan dah baper skang..kdg2 tu lebih RM10 sekali makan.. kalau masak kat umah kan dah leh jimat..ya x? so ibu decide nak memasak la..start petang ni.. tp apa menu yag nak dimasak ya? kalau tanya abah..mesti abah ckp masak yg simple2..je..kalu gitu ..goreng ikan je la..haha..tp ibu teringin nak masak kari ayam..tp br teringat yg semalam ibu lupa beli santan..adeh…mmg makin pelupa la ibu skang…hehe…

so..menjadi ke x ibu masak..nnt ibu kita tgk esok ya..ibu akan update nnt..jeng..jeng…

 
0

Terkini

Posted by Ibu_Mifzal on Nov 2, 2008 in MyBaby - Mifzal Arsyad

Rasa macam dah lama ibu x update blog nih..hari tu kemain semangat nak menaip..tp last2 x der idea..lg x der apa yg istimewa sgt..perjalan hidup cam biasa..cuma ibu nak cerita sket pasal buah hati ibu yag seorg ni..MIFZAL ARSYAD…sudah cukup 8 bulan pada 28hb Oktober lepas.. dah besar dah..

perkembangan ttg mifzal.. skang dia dah pandai merangkak..dah expert dah..sekejap jer dia kejar… makan pun skang makin berselera..pagi tadi ibu dukung mifzal..huhu..x larat..lenguh tangan..x tau dah berapa kilo hero ibu nih..next check up kat klinik 15/11 ni..lambat lg..skang ni mifzal nak makan nasir..dulu bagi bubur dia x mau..kalau bagi nasi nak lak..berselera dia makan..x kisahla..asalkan dia nak makan nasi…tp gigi belum tumbuh lg..hehe..selera cam org besar dah..kalau nampak ibu minum air sejuk…berebut ngan ibu..susah hati ibu..mana leh minum ais lg..tp ada la pernah ibu terkasi bab dia siap menangis lagi..huhu…x leh minum depan dia…

 
0

Hadiah dari Huggies

Posted by Ibu_Mifzal on Oct 24, 2008 in MySelf - Ainey

Ibu saja nak share hadiah yg ibu dapat dari Huggies Malaysia.. hehe.. alhamdulillah.. rezeki Mifzal.. dapat2 terus tangkap gambar…. ibu dapat 9 packs Huggies Ultra…supply untk 3 bulan..bernilai lebih RM300 ++..

 
0

Yihaa…menang..

Posted by Ibu_Mifzal on Oct 21, 2008 in MySelf - Ainey

Lupa ibu nak citer pada entry sebelum ni..masa ibu dukmeneman mifzal dalam wad hari tu..pihak Huggies Malaysia ada call ibu bagitau yang ibu salah seorang pemenang 3 Months supply of Ultra Huggies diapers…hehe..alhamdulillah..rezeki..ibu join contest tu pun saja suka2..main tekan jer..hehe…syukur rezeki mifzal la ni..nak pakai diapers jenama huggie..sebelum ni ibu beli yg biasa2 jer..almaklumla bajet…

masa wakil Huggies malaysia tuh tepon..berbelit2 lidah gak ibu nak menjawab..maklumla dia ckp omputih..ibu nih dah lama x speaking..dah berkarat dah lidah nih..apa-apa pun thank to Huggies Malaysia.

 
0

Buah Hatiku

Posted by Ibu_Mifzal on Oct 19, 2008 in MyBaby - Mifzal Arsyad

entry ni..sepatutnya ibu tulis minggu lepas..tp dek kekalutan yg melanda..mmg ibu x ada masa…

Buah hati ibu, Mifzal Arsyad kena tahan wad pada 15-16/10/2008, di Hospital Slim River, Perak kerana demam dan cirit-birit yang berpanjangan. Sebelum admit ward sudah 5 hari Mifzal demam n cirit..darah mifzal diambil n disahkan ada jangkitan kuman, infection dr virus cirit-birit tu… masa tu air mata je la yg mengalir sbb x sampai hati tgk tangan Mifzal kena cucuk jarum drip..merengek dan menangis je anak teruna ibu tu..ibu tau..anak ibu kesakitan…

Alhamdulillah..sekarang anak ibu tu sudah baik dari demamnya..dan semakin lasak..cuma manjanya masih ada…kalau dulu susah nak dengar mifzal menangis..tp skang x boleh jauh sket…lagi satu..ausahnya nak kasi mifzal makan ubat..baringkan dia pun dia dah meraung n dia tutup rapat mulutnya…x mau makan ubat…nak x nak ibu terpaksa berkeras juga…ibu minta maaf ya sayang…ibu terpaksa sbb nak mifzal sihat kembali..

Hari ni..Mifzal makin ceria…dan ibu mmg terhibur dengan keletahnya…syukur alhamdulillah..

 
0

Salam Semua

Posted by Ibu_Mifzal on Oct 14, 2008 in MyKeluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..hehe..rasa malu je…org lain dah ke bulan..tp ibu baru nak berjinak-jinak ngan blog ni…mmg dr dulu lagi ada keinginan nak ‘berblog’ ni cam kawan2 yang lain..tp selalu x der kesempatan..bila buka tenet jer..masuk forum M.com n masuk Laman Keluarga. situ la tempat lepak ibu hari2..mentang2 x der keje sgt. Duk mengadap PC je..

Sejak tukar tempat keje ni..(dulu K.lipis skang Tapah) keje ibu mmg releks…x macam kat tempat keje lama..sana tension…sini happy..mungkin salah satunya bab duk sama ngan suami n anak..

ha bercakap pasal anak nih..anak ibu, Mifzal Arsyad skang dah 7 bulan lebih..baru je lepas demam. tp masih cirit birit. skang ni plak..naik bintik2 merah n ruam kat muka n badan..cam nak naik campak..hey..risau betulla..x sampai hati nak tgk si kecik ni x bermaya jer..x bermaya sbb cirit..masa demam mmg x gaya demam..aktif je..

untuk post yg pertama ni ibu x celoteh panjang la… just nak wish welcome to my blog..

ini ada gambar family ambik masa raya hari tu..

ps: masih x terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin

Copyright © 2012 My Keluarga All rights reserved. Theme by Laptop Geek.